Monday, June 8, 2015

Ukhwahfillah Till Jannah...

Hai Kawan- kawan..Sihat harini?
EH! Kenapa masam-masam tu, monyok-monyok muka..
No no no.. meh sini meh.. kita nak cerita..
Tak mau masam-masam, tak mau monyok-monyok..
Senyum sikit.. cam ni J haaa kan dah comel..
Alololo merah pulak pipi dia..

Ukhwahfillah..
Kita selalu dengar perkataan ini… Tapi apa ya?
Hmm kita berukhwah kerana Allah.. J

Macam mana tu ye?
Kadang-kadang kita berkawan kerana apa?
Ada orang…
Dia berkawan kerana perempuan tu cantik,
Dia berkawan kerana nak tarik perhatian orang ramai,
Dia berkawan kerana ilmu yang dimiliki
Dia berkawan kerana dia tu kaya,
Dia berkawan kerana dia baik sangat
Dia berkawan kerana dia pandai
Dia berkawan kerana dia boleh drive kereta

Macam-macam jenis kawan.. anda pula bagaimana??
Macam-macam la fesyen orang berkawan ni..
Kawan yang makan kawan pun ada jugak..
Kawan yang kurang adab pon ada jugak..

Siapa pun kawan kita, cerminan kawan kita adalah diri kita..
Kawan yang kita rapat, kita panggil SAHABAT
Mereka inilah yang mengerti diri kita dan kita mengerti dirinya
Mereka inilah yang menyimpan rahsia kita
Yang kita ceritakan perasaan kita, tangisan kita, masalah-masalah kita..

sahabat ini juga bukan sekadar sahabat 
yang mengingatkan kita tentang perkara dunia
sahabat ini yang selalu mengajak solat berjemaah
sahabat ini yang mengingatkan tentang dosa-dosa
sahabat ini yang menasihati kita jika kita salah
sahabat ini yang berkongsi tips bahagia dunia akhirat
sahabat ini yang membacakan kita Al-quran 
sahabat ini yang mengeluarkan kata-kata semangat
sahabat inilah yang di gelar ukhwahfillah till jannah

Bila anda punya sahabat sebegini,
Tetaplah terus berpaut tangannya,
Langkah seiring bersamanya,
Hargailah dia sayangi dirinya
sahabat ini susah dijumpai
Tetapi mereka ADA untuk kita

Nilai ukhwah tertinggi apabila mereka melebihkan sahabat
Nilai ukhwah paling rendah adalah berlapang dada..


Syukran sahabat kerana berada disampingku, aku merinduimu sahabat…

Wednesday, June 3, 2015

Cinta High Class

Ada orang kata, 
Kalo kita pandang dia dan hati kita berdebar-debar dup dap dup dap
Pastu macam tak keruan, mungkin dia jodoh kita
Eh cam tu ke? Serius? Ceciter skit..


Tapi bila dah kawen, kita akan rasa...
Berdebar dengan debaran yang mendamaikan
Wah cakap cam dah kawen je… Wink wink


Tapi betol la, sapa tak nak rasa macam tu
Paling-paling kita nak rasa
Irama indah dalam hati
yang mengalun nama Ya Rabb
tanpa rasa jemu n penuh tawaduk
Debaran ingatan tulus padaMu,
Debaran atas redaMu...


Bila kita bercita-cita mahukan lelaki sebaik Saidina Ali R.A
Kita haruslah persiapkan diri sebaik Saidatina Fatimah

Bila kita mohon pada Allah, mahukan lelaki yang mencitai Allah dan Rasul,
Haruslah ditanya pada diri bagaimana cinta kita pada Allah dan Rasul

Baru lah sempadan..
InsyaAllah yang menyusun jodoh itu Allah,
Yang tahu sesuai atau tidak itu Allah,
Allah tetapkan da mana yang baik
Berdoalah, minta apa yang kamu mahu
Allah akan bagi apa yang kamu perlu..
Usaha dan senyum…

Cinta high class,
Susah nak dapat,
Sekali dapat,
Bahagia selamanya


Bila nak kawen oi!! Haha

Monday, June 1, 2015

Bunga Idaman, Layu Sebelum Berkembang?

Apa kes? Bunga mawar, bunga kekwa, bunga dahlia,
semua cantik-cantik belaka.. KECANTIKAN..
Seringkali di kaitkan dengan wanita...
hmmm mengapa ye??
sebab.. wanita suka bunga?
sebab wanita cantik ibarat bunga?

Wanita dan bunga...
sinonim benar bunyi nya... sama cantik dan indah..
Namun indah nya bunga hanya tika kembang mekar..
kembangnya di serikan haruman yang menenangkan jiwa...
Bagaimana pula wanita??
Hmmm mekar anda tatkala kembang je??


waktu bila yang dikatakan wanita sedang kembang mekar?
anda pon boleh agak waktu-waktu wanita cantik menarik deboom kan.
Antara masa-masa mekar wanita :-

> masa tingkatan 4-5 
>> masa ni wanita merasakan dirinya sudah matang dan ada kuasa untuk memberontak.. rasa ingin mencuba itu sangat tinggi, pada umur-umur sebegini, macam-macam dia nak cuba. Kebiasaannya, pada umur sebegini, silap langkah itu perkara lumrah,semua bende nak ikut kawan. kalau kawan tu baik, tak pe la jugak, ikot benda baik, kalau kawan tu jahat, mahu menyesal seumur hidup. sebab itu pada waktu-waktu kritikal sebegini elok wanita itu di awasi oleh ibu bapa mereka. Perlukan sentuhan dan bimbingan supaya umur ini tidak dipersia.

> umur 18-21 tahun
>> Waktu-waktu wanita di beri pilihan untuk menentukan hala tuju hidup, Yela, masa ni kan ada yang pandai sikit pilih ke matrik or asasi, ada gak nak gi diploma, yang suka kemahiran akan ambil sijil kemahiran, macam-macam kemahiran ada. Aku cukup pantang kalau orang cakap, “aku ni macam ni je la, x tak kemana, tak macam kau, kau boleh la, kau pandai”. Kalo aku jumpa memang aku lesing sapa cakap gitu, cakap je la kau tak nak majukan diri kau, senang!
>> Waktu begini, wanita rasa dia sudah bebas daripada belenggu sekolah, bebas lagi dari memakai pakaian seragam baju kurung putih dan kain biru laut! Rambang mata la nak pilih tawaran kolej, university, institusi. Hah! Lagi-lagi terpengaruh dengan drama swasta dalam TV yang konon2 bercinta di IPT. Masa ni rasa nak bercinta, macam orang lain kan. Huhuhu terpengaruh sangat kau dik!! Lelaki suka usha awek pada umur sebegini.

>Umur 22-25tahun
>> Umur sebegini, akan mula timbul gossip, sedara-sedara pon dah mula tanya, siapa pakwe, bila nak kawen, soalan cepu cemas sedara-sedara “ Bila ayah nak dapat menantu” tak pon, “dah elok ada cucu dah masa-masa macam ni.”. syeram ok! Waktu begini lagi lah galak wanita itu di pikat, ada saja yang akan bertanya,“sudah berpunya ke belom” “bila nak kawen”.. aiseyh rimas weyh! Kalau dah berpunya tu selamat la. Kalo belom, masak la kau.. hahaha. Masa ni, memang ramai lelaki nak mengayat. pf
Aku sebenarnya, geram ada, sedih ada, marah ada, rasa nak lempang ada..
Dahsyat budak sekarang dengan gadget, masing-masing rasa diri up to date..
Akhirnya menunjukkan kebodohan diri sendiri..
Macam mana gaya menunjukkan kebodohan diri sendiri tu?
Ø  Ambil gambar bogel, konon hantar kat boyfriend, dia tak tahu boyfriend dia tu buayafriend! Habis dia sebar satu kolej gambar bogel perempuan ni. Nampak tak bodohnya tu?
Ø  Kalo selfie, kene tayang lurah buah dada sekali? Baru banyak dapat like, tayang je buah dada kau terus, dapat duit!
Ø  Kalau ambil gambar dengan pakwe, peluk peluk, muka rapat-rapat, kepala kat dada perempuan, pastu masuk wechat.
Macam-macam gaya la, kalo letak-satu-satu kat sini, aku pon rasa nak muntah. Adik oi, lelaki tu bukan suami pon, kenapa dah bagi tengok macam-macam..habis suami kamu nanti tinggal apa je? Dah semua kamu tunjuk kat orang.. pf (tepuk dahi)

Jadilah kamu bunga yang mekar, di hurungi kumbang-kumbang hitam yang gelojoh mencarik-carik kelopakmu dan semakin hari semakin layu, menunduk ke bumi… tinggallah engkau menunduk  dan akhirnya rebah ke bumi, kumbang yang tadinya memuja dirimu telah pergi ke bunga yang lain, yang lebih mekar, cantik dan segar. Satu ketika kau di pijak-pijak atau nasibmu baik, akan ada tangan yang mengambil dirimu,
Sedangkan bunga yang lain masih mekar di suburi dengan baja-baja zikir dan disunting oleh jejaka yang selayaknya. Beruntunglah dirinya menjaga kelopaknya pada yang layak sahaja

Semoga kita terpelihara dari fitnah dunia dan tergolong dalam kalangan wanita solehah. Contengan ini bukan atas dasar firasat, tetapi kerana melihat dahsyatnya anak muda kita sekarang, senang sangat digula-gulakan lelaki, merayu sikit dah bagi. Lelah betol aku tengok.


Aku berpesan kerana aku sayang, aku sayang kau adik-adik perempuan sekelian,
Dan ingatlah bercinta dan berkasih sayang akan disertakan dengan rasa tanggungjawab..
Jadi untuk bercinta bersedialah memikul tanggungjawab...kalau setakat nak rasa seronok-seronok, jangan bagi!! Minta dia nikah dulu.. kalau dia tak sanggup, say goodbye!
pesanan buat diriku jua..=)


wanita hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah.. =)

Sunday, May 31, 2015

Saat Kau Jauh...

Aku panggung kepala ke langit, kawanan burung terbang melintasi cahaya jingga untuk pulang ke sarang. Air hangat yang mengalir di pipi, pantas aku seka. Aku cuba ukirkan senyuman kecil di bibir. Ah! payah benar menyimpan memori lalu, mahu saja aku padam bagaikan memadam memori didalam peranti I-pad. Jemu jelak aku membawa memori ini….

~ Zulikha Atifa ~

Aku kini bagaikan pelarian. Ya! Aku lari dari suami sendiri. Merata-rata aku pergi supaya langkah ku tidak dapat di jejak dan di hidu. Lama-lama, aku lelah begini. Seringkali  ku rasakan ada  mata-mata yang memerhati. Sampaikan mahu keluar bilik pon jadi takut. Sampai bila aku mahu hidup begini? Ku raup muka dan membetulkan rambutku yang di tiup bayu senja. Di kanopi hujung, terdapat sepasang suami isteri, berdua-duaan menikmati kilauan mentari yang gah bercahaya di hujung lautan. Di gigi air pula, terdapat dua orang kanak-kanak lelaki beserta ibu dan bapanya sedang sibuk membetulkan hasil rekaan istana pasir. Bergelak ketawa dan bergambar mesra mengabdikan kenangan percutian mereka. Ah, gembira dan mendamaikan jiwa, mempunyai keluarga sakinah merupakan impian setiap insan, tidak terlepas juga aku. Leka aku perhatikan sambil bibir mengoyak senyum.

Sudah 3 hari aku di sini, baru hari ini aku berani keluar bersiar-siar di pantai. Genap hari ini juga, sudah 3 bulan aku keluar dari rumah agam milik Zuhair dan bertukar-tukar tempat tinggal, sekejap aku di selatan, sekejap di Borneo, sekejap di timur dan hari ini aku di utara, Pulau Lagenda. Pada orang lain, datang ke pulau ini untuk menikmati percutian, sedangkan aku? melarikan diri. Mujur duit poket hasil titik peluh ku sebelum aku nikah masih mampu menanggung keperluanku sepanjang 3 bulan ini, mungkin cukup untuk tempoh masa 6 bulan lagi. Rupa-rupanya, melepaskan diri daripada lelaki itu lebih sukar berbanding melepaskan diri dari ibu tiriku dahulu. Pantas saja Zulikha membeli tiket ke pulau ini setelah jejaknya di Borneo baru-baru ini dapat di hidu oleh suaminya. Bergedup kencang jantungnya apabila mendengar suara yang amat dikenali di hujung panggilan telefon daripada nombor asing itu.

“ Zulikha, pandai kau lari sampai ke Borneo, kau tak akan terlepas. Hahahaha”. Klik panggilan terus di matikan oleh pemanggil tadi. Lemah lututnya, mendengar kata-kata suaminya.

~ Zuhair Akif ~

Resah hati memikirkan si dia yang semakin menjauh. Makin di kejar makin jauh dia lari. Lantas Zuhair mengukirkan senyuman. “Kau main tarik tali dengan aku ye Zulikha, siap kau aku kerjakan nanti. Kau tunggu lah Zulikha!! Kah kah kah” ketawanya berdekah-dekah. Bergema rumah agam itu dengan gelak Zuhair, rumah yang di duduki oleh Zuhair dan Zulikha setelah seminggu mereka mendirikan rumah tangga. Zuhair sengaja mengambil keputusan untuk berpindah dari rumah mama dan babanya, kononnya dia mahukan privasi bersama isteri. Sedangkan dia sudah merencanakan bermacam agenda sebaik sahaja Zulikha melangkah masuk ke rumah agam itu.

            Zuhair, bukanlah seorang lelaki yang berasal daripada golongan berada. Dia pernah termasuk dalam senarai budak nakal di kampungnya. Pening Encik Suhaimi dan Puan Solehah memikirkan masa depan anak sulungnya itu. Habis cara di ikhtiar supaya anaknya punya kemahuan untuk belajar dan menjadi anak contoh kepada 3 adiknya yang lain, namun seringkali tidak berhasil. Itu semua cerita 17 tahun yang lalu, ketika lingkungan umur Zuhair masih mentah dan rasa ingin tahu yang tinggi. Masih tidak tahu beza baik dan buruk akibat sesuatu perkara.

Zuhair dia tidak seperti rakan sebayanya yang lain, seawal umur 15 tahun dia sudah mula bekerja seusai mendapat keputusan Penilaian Menengah Rendah yang agak teruk. Awalnya dia bekerja sebagai pembantu di kedai baiki motorsikal. Zuhair seorang yang cepat belajar, 4 tahun dia bermain minyak hitam di kedai Wak Syukri, bermacam-macam jenis motor dia baiki, motor  besar, motor biasa, motor racing, motor kapcai, semua dia mahir, malah dia juga belajar membaiki kereta, itupun belajar daripada kawan-kawan di bengkelnya. Berbekalkan kemahiran yang Zuhair ada, dia berhijrah ke Bandar Nilam. Dia diambil bekerja di rumah orang berada dengan menjadi pemandu peribadi Tan Sri Rosli. Semuanya berlaku apabila Zuhair secara tidak sengaja telah menyelamatkan Tan Sri Rosli daripada kemalangan dan membantu membaiki kereta beliau.

Daripada pemandu peribadi kesayangan Tan Sri Rosli, Zuhair mendaki satu persatu anak tangga kerjaya. Kata-kata Tan Sri Rosli menjadi pemangkin semangat dan keazamannya. “Zuhair, kamu masih muda lagi nak, saya dah anggap seperti anak lelaki saya, apa kata kamu teruskan pelajaran kamu, dan mencapai cita-cita kamu”. Setelah Zuhair menyambung pelajarannya ke peringkat lebih tinggi, seiring dengan kemahirannya,  kini dia berjaya membuka bengkel kereta dan motorsikal. Malah, dia juga mempunyai galeri menjual kereta mewah dan motorsikal berkuasa tinggi di bawah syarikat Tan Sri Rosli. Bila di ingatkan kembali kisahnya dahulu membina kerjaya seperti sekarang, dia hanya mampu tersenyum dan mendabik dada atas usahanya dan bantuan bapa angkatnya Tan Sri Rosli.

Semakin lama, Zuhair mula hanyut dengan kemewahan, bergaul dengan orang kenamaan, malah sudah pandai berhibur di kelab-kelab dan berpeleseran. Zuhair juga mempunyai konco – konconya sendiri. Baginya, apa yang dia mahu, dia mampu dapat dengan usaha. Susah atau senang, pasti dalam genggaman jua akhirnya. Begitu juga dengan kehendaknya kepada Zulikha, gadis yang jual mahal padanya suatu ketika dahulu. Akhirnya mampu dibeli dengan mudah atas sedikit usaha.

~ Zulikha Atifa ~

            Anak tunggal kepada Encik Zaim dan Puan Afida mempunyai masa muda yang dipenuhi keceriaan dan kegembiraan seperti keluarga orang lain, punya walid dan punya ummi yang penyayang. Zulikha hidup didalam keluarga yang berada, semua yang di minta, akan didapati dengan mudah. Setiap dua tahun sekali pasti ada saja tempat yang akan di lawati mereka sekeluarga, sama ada di luar negara mahupun di dalam negara.

Sehinggalah umur Zulikha mencecah 16 tahun, kebahagiaan yang selama ini diperoleh bagai disentap apabila Zulikha dikejutkan dengan kemalangan umminya, sehingga menyebabkan umminya koma selama sebulan. Walidnya menangis-nangis datang meminta maaf ketika melawat ummi dan minta diberi peluang untuk menjernihkan keadaan. Zulikha menjadi binggung dengan apa yang berlaku. Pada saat-saat akhir umminya, datang seorang perempuan yang angkuh gayanya, pakaian yang sedikit terdedah melawat ummi ketika walid tiada. Aku sembunyi di sebalik tirai dan mendengar kata-kata perempuan itu, “ Lepas saja kau pergi, Zaim akan nikahi aku, dari dulu lagi aku cintakan Zaim, tapi kau yang dapat! Aku dapat apa? Hahahaaha. Aku yang merana, sekarang aku nak kau yang merana!! Hahahaha. Sengaja aku buat begitu depan kau hari tu, padan dengan muka kau!” terus saja perempuan itu keluar. Selepas itu, penafasan ummi terus menjadi tidak stabil dan tepat jam 6 petang, ummi menghembuskan nafas terakhir. Berteleku aku di situ, lemah segala sendi dengan perkhabaran itu. Orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku, aku mengogoi sendirian “ummi, kenapa ummi tinggalkan Ifa, Ifa sayangkan ummi, siapa nak jaga Ifa”.

Selepas sebulan pemergian ummi, walid berkahwin dengan perempuan yang datang ke wad ummi tempoh hari. Namanya Asma, aku tertekan dengan pemergian ummi dan bertambah tertekan dan meluat dengan kehadiran mak tiriku makcik Asma. Dia bukannya cintakan walidku, tetapi lebih cintakan harta walid. Aku pada usia remaja sebegini, memang usia memberontak. Sering aku menggambarkan rasa tidak puas hati aku kepada walid, tetapi walid seolah-olah tidak mengerti akan ku, dia hanya melebihkan makcik Asma, asyik mendengar kata-kata makcik Asma dan kurang memberi perhatian kepadaku seperti waktu ummi masih ada. Makcik Asma berpura-pura baik kononnya menjagaku di hadapan walid, sedangkan di belakang walid aku seperti orang suruhannya. Pernah aku mahu mengadu dengan walid perihal makcik Asma yang membuliku ketika ketiadaan walid di rumah, sekali jelingan makcik Asma tajam menikam mataku, terbantut niatku untuk mengadu. Selepas itu, teruk aku dikerjakan oleh makcik Asma, macam-macam yang disuruh aku buat untuk melunaskan kehendaknya.

Hidupnya sedikit bebas apabila sudah tamat persekolahan, dan menyambung pelajaran di peringkat ijazah muda di luar negara. Zulikha mula bekerja di syarikat walidnya pada usia 21 tahun. Walaupun dia adalah anak pengasas syarikat, tetapi dia lebih selesa bermula dari bawah dan belajar sedikit demi sedikit selok belok syarikat daripada orang yang berpengalaman. Zulikha sengaja menyibukkan diri bekerja sehingga lewat malam kerana malas mahu terserempak dengan mak tirinya. Saban hari, Zulikha keluar sebelum matahari terbit dan pulang pada tengah malam tatkala masing-masing nyenyak dibuai mimpi. Hujung minggu pula dihabiskan dengan keluar merayap ke bandar dan kadangkala di isi dengan kerja sukarelawan di rumah anak yatim. Jika tiada apa hendak dilakukan, Zulikha hanya mengurungkan diri di dalam bilik sahaja. Semua yang dilakukan untuk mengelakkan dari berjumpa dan di suruh-suruh oleh makcik Asma. Berjaya juga Zulikha melepaskan diri dari cengkaman perempuan tak sedar diri itu, lega hatinya apabila sudah lama tidak terserempak dengan makcik Asma walaupun berada di bawah satu bumbung, Zulikha bukan sengaja berbuat begitu tetapi ini untuk tidak memudaratkan dirinya juga. Terpaksalah dia berpura-pura sangat sibuk dan memilih-milih waktu untuk masuk ke rumahnya itu.

Itulah rutin hariannya sejak walidnya meninggal dunia semasa Zulikha berusia 23 tahun. Semakin menjadi-jadi kegilaan mak tirinya itu apabila walidnya sudah tiada. Sudah pandai menidakkan haknya di rumah itu. Makcik Asma memang tidak berpuas hati sehingga Zulikha di singkirkan terus dari rumah itu. Zulikha sering kali di cerca dan di maki, malah tubuhnya pernah juga di sakiti. Pernah semasa sedang buat air di dapur setelah balik dari kerja, Zulikha terasa untuk membasahkan tekak dengan air nescafe, tiba-tiba dia terkejut dan tersentak dengan kehadiran makcik Asma di dapur lalu menyebabkan mug yang digunakan jatuh dan pecah. “ Kau ni sama je macam ummi kau! mug tu mahal aku beli, senang-senang kau pecahkan, ada je benda yang kau buat, menyakitkan hati aku!” sambil menarik telinga dan menampar pipi Zulikha. Begitu sekali dendam yang membara dalam diri makcik Asma sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja ke atas satu-satunya zuriat Afida dan Zaim, kawan baiknya dahulu. Kadangkala Zulikha melawan juga makcik Asma tetapi sejauh mana dia mampu melawan, dia lelah berperang mulut dengan wanita itu, malah bertambah penat dengan kerja yang bertimbun di pejabat.

Zulikha yang kini  berusia 26 tahun, sudah menyandang kerusi CEO menggantikan walidnya. Walaupun sudah memegang jawatan CEO bagi syarikat import dan export kereta dan motorsikal, Zulikha tetap pulang lambat ke rumah. Malam ini, dia menghadiri jamuan makan malam bersama pelanggan syarikatnya di Hotel Kelly, ketika dalam perjalanan menapak ke kereta di ruangan bawah tanah hotel, Zulikha merasakan seolah-olah ada orang yang sedang memerhatikan dirinya. Ditilik jam di tangan sudah menginjak ke angka 11 malam. Menyesal pula dia meletakkan kereta jauh di sini. “Ah tadi aku datang dah lambat, banyak tempat letak kereta sudah penuh” monolognya dalam hati. Sekadar untuk menyedapkan hati. Langkah dipercepatkan, mata melilau mencari kalau-kalau ada yang mahu membuat jahat padanya. Sampai sahaja di tempat letak kereta, Zulikha menarik nafas lega. Hanya untuk seketika cuma, tiba-tiba mulutnya ditekup dan dia mula meronta supaya dapat berlepas diri tetapi malang, dia terus tidak sedarkan diri beberapa saat kemudian.

Tubuh Zulikha di cempung dan di bawa masuk ke dalam van hitam. Setelah van bergerak jauh dari kawasan hotel, dia merapati tubuh itu dan ketawa berdekah dekah “kah kah kah padan muka kau perempuan, ini lah masa yang aku tunggu-tunggu. Akhirnya, kau berambus juga dari rumah itu, aku berjaya usir kau dengan cara ini, puas aku buat macam-macam supaya kau tinggalkan rumah itu, ternyata kau kebal dengan apa yang aku buat pada kau selama ini, tapi sekarang tidak lagi hahahaha! ada orang nak beli kau dengan harga yang mahal. aku kayaaaa,  hahahaha!”. Ujar makcik Asma dengan gelak tawanya. Orang upahan Asma di dalam van itu juga gelak bersama mendengar kata-kata Asma kerana mereka turut mendapat habuan masing-masing.

Keesokkan harinya, perlahan-lahan mata di buka, peritnya panahan cahaya mentari menyapa kornea. “Kau dah bangun dah perempuan? hahaha” sapa satu suara garau dibelakangnya. Lantas Zulika menoleh dengan susah payah kerana tangan dan kakinya di ikat. Baru dia dapat gambaran sebenar duduk letak dirinya sekarang ini, di sebuah hotel tidak tahu di mana dan dia di ikat di atas katil.

“ Bagus, tak payah susah-susah aku nak kejutkan kau” ujar suara itu lagi.
“ Kau! Kau memang syaitan Zuhair! Apa kau buat kat aku ni. Lepaskan aku!” jerit Zulikha apabila dapat mengecam siapa gerangan susuk tubuh itu.
“ Oh, kau kenal aku lagi rupanya, aku ingat kau dah lupa aku, kah kah kah”. Zuhair bersuara sinis dengan gelak yang dibuat-buat.
“ Apa salah aku pada kau, sampai kau buat aku macam ni?” Zulikha cuba berlembut.
“ Baru sekarang kau tanya apa salah kau? Dah terlambat la sayang, aku dah dapat apa yang aku nak hari ni. Dulu aku macam pengemis merayu-rayu kat kau! kau jual mahal.. tak pandang langsung aku. Aku nak bekerjasama dengan syarikat kau pon, kau tolak. Aku geram sangat dengan kau layan aku macam pengemis. Sekarang kau rasakan!” tengking Zuhair tepat pada muka Zulikha.

Terketar-ketar Zulikha mendengar kata-kata dari mulut lelaki itu. Dulu dia hanya membiarkan sepi ajakan keluar dan huluran lelaki itu demi desakan kerja yang memaksanya melupakan hal-hal peribadi. Dia memang sengaja jual mahal kerana malas mahu melayan dan sebolehnya dia tidak mahu ada apa-apa hubungan peribadi mahupun rakan niaga dengan lelaki itu yang terkenal dengan hidung belang. Dia sudah meluat dengan lelaki sejak walidnya berkahwin lain dengan makcik Asma. Namun tidak semua lelaki dia tolak untuk menjadi rakan niaganya, cuma Zuhair merupakan calon teratas yang akan di tolak untuk dijadikan rakan niaga kerana dia rimas dan meluat dengan Zuhair apabila dia merayu-rayu sampai mengganggu peribadinya. Malah syarikat Zuhair juga terpalit beberapa masalah yang menyebabkan Zulikha tidak yakin mahu bekerjasama dengan lelaki itu. Tidak sangka, Zuhair berdendam dengannya sampai begini sekali. Perlahan-lahan mengalir air matanya menangisi apa yang berlaku pada hari ini….

Bersambung…
31 May 15 : 14.05 – Lia Dea
Apakah yang berlaku kepada Zulikha… ? nantikan pada sambungan akan datang…

Perasmian Rumah Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, yang masih memberi kita bernafas pada hari ini.
dan bersyukur juga kita masih lagi diberi nikmat iman dan islam.

Menyambung tarian alunan tangan di papan kekunci, seronok pula melakar dan menerbitkan blog baru ini. Terima kasih kepada yang berkunjung ke blog saya, MKJ- Meresap Ke Jiwa.
Semoga penulisan ini bukan saja di hayati rentak dan genre malah ada pengajaran yang mampu diselitkan dihati pembaca.
Blog yang diberi nafas baru ini, baru saja di update dan di beri sentuhan baru,
sesuai dengan keadaan penulis sekarang.semoga hembusannya mekar ke jiwa-jiwa pembaca.

Ambil yang mana yang baik, dan buang mana yang buruk. Hidup perlukan perubahan,
semoga istiqamah diriku menulis dan menghibur pembaca..
sebarang komen dan idea amatlah di alu-alukan...

Terimalah karya pertama saya : Saat Kau Jauh
selamat membaca~ wehee

Followers